Pengembaraan 3 jam HMT329 pada 12.02.2010
Pada 12.02.2010 (Jumaat-x cya,cek dlm kalendar), kami, pelajar-pelajar HMT329 bersama Dr. Radiah Yusoff (Dr. Ody) telah melakukan perJALANan (kaki) selama 3 jam bermula pada pukul 7.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Tujuan pengembaraan ini dijalankan adalah untuk melihat penggunaan bahasa di sepanjang jalan yang kami lalui.
Terdapat banyak penggunaan bahasa pada papan tanda, papan iklan, serta nama tempat dan jalan. Bahasa yang digunakan pula merangkumi bahasa dalam bidang perundangan, sejarah, pengiklanan, semiotik, carutan atau makian dan sebagainya.
Antara hasil pemerhatian terhadap penggunaan bahasa di sepanjang jalan yang kami lalui, saya dapati, terdapat juga bahasa bukan verbal yang digunakan untuk merujuk terhadap sesuatu lokasi atau tindakan yang perlu diambil. Sebagai contoh, penggunaan simb
ol anak panah pada papan tanda Rumah Orang Tua Jubilee Perak. Symbol anak panah ini menunjukkan ke mana arah yang patut kita tuju sekiranya mahu memasuki kawasan rumah orang tua ini.
Terdapat juga penggunaan kata ‘taman’ yang merujuk kepada kawasan perumahan. Perkataan ‘taman’ sebenarnya merujuk kepada sesuatu kawasan yang dipenuhi tumbuhan, dan dijadikan tempat rekreasi. Namun, kami dapati perkataan ‘taman’ digunakan pada papan tanda Taman Pekaka untuk merujuk kepada kawasan perumahan tersebut. Sememangnya penggunaan perkataan ‘taman’ untuk merujuk kepada kawasan perumahan selalu digunakan tetapi kebiasaanya, penggunaan ‘taman’ yang merujuk kepada kawasan perumahan biasanya digunakan untuk kawasan perumahan teres. Taman Pekaka pula bukanlah satu kawasan perumahan teres sebaliknya berbentuk seperti kondominium. Walaubagaimanapun, penggunaan ‘taman’ tetap diterimapakai kerana perkataan itu sendiri mempunyai pelbagai makna yang dapat disesuaikan dan difahami oleh minda kita.
Semasa melakukan pemerhatian, kami dapati terdapat juga papan tanda yang terlindung di sebalik pokok-pokok. Pada pendapat saya, keadaan ini tidak seharusnya berlaku kerana akan menyukarkan mesej tentang aspek lokasi sampai kepada pengguna. Pihak terlibat harus melakukan pemantauan dan pembersihan supaya papan tanda tersebut d
apat dilihat dengan jelas oleh pengguna.
Terdapat juga papan tanda dan iklan yang menggunakan lebih daripada satu bahasa. Sebagai contoh, pada papan tanda Rumah Orang Tua Jubilee Perak terdapat tiga bahasa yang digunakan iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina.
Selain melihat penggunaan bahasa di sepanjang jalan, kami juga memasuki Pasar Lip Sin untuk memerhatikan penggunaan bahasa dalam aktiviti jual beli di pasar tersebut. Kebanyakan peniaga menggunakan bahasa Cina untuk berkomunikasi dengan pelanggan kerana majoriti pelanggan di pasar tersebut berbangsa Cina. Namun begitu, bahasa Melayu tetap digunakan untuk berkomunikasi dengan masyarakat Melayu yang membeli-belah di pasar itu.
Terdapat juga papan tanda atau iklan yang digunakan untuk memudahkan pelanggan di pasar ini. Sebagai contoh, papan tanda yang tertulis ‘Sayur’, ‘Ayam’, dan ‘Buah-buahan’ dapat dijadikan panduan kepada pengguna yang ingin mencari keperluan-keperluan ini. Bagi memudahkan pengguna dan memastikan penyampaian mesej tercapai, papan-papan tanda ini diletakkan pada bahagian atas. Tindakan ini akan memudahkan pengguna membaca papan-papan tanda tersebut. Tiga bahasa digunakan pada setiap papan iklan ini iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina. Penggunaan ketiga-tiga bahasa ini menunjukkan kepelbagaian penggunaan bahasa untuk tujuan mempromosikan barangan jualan di pasar itu.
Terdapat juga perkara yang agak menyedihkan dalam aspek penggunaan bahasa yang sempat kami perhatikan sepanjang pengembaraan ini. Selain digunakan untuk menyampaikan maklumat, bahasa juga digunakan untuk tujuan carutan atau makian oleh individu yang tidak bertamadun. Kata-kata carutan dan makian dapat dibaca dengan jelas pada dinding telefon awam dan tiang jejantas. Saya tidak dapat melihat sebarang faedah penggunaan bahasa dalam bidang ini selain menunjukkan ‘kebodohan’ individu yang menconteng dinding-dinding tersebut dengan kata-kata makian.
Kesimpulannya, terdapat banyak cara menggunakan bahasa dalam pelbagai bidang dan pelbagai tujuan. Apa-apa pun, pengembaran ini memberikan kenangan yang tersendiri kepada kami terutamanya ketika sarapan pagi……hehehhehehe……
Pada 12.02.2010 (Jumaat-x cya,cek dlm kalendar), kami, pelajar-pelajar HMT329 bersama Dr. Radiah Yusoff (Dr. Ody) telah melakukan perJALANan (kaki) selama 3 jam bermula pada pukul 7.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Tujuan pengembaraan ini dijalankan adalah untuk melihat penggunaan bahasa di sepanjang jalan yang kami lalui.
Terdapat banyak penggunaan bahasa pada papan tanda, papan iklan, serta nama tempat dan jalan. Bahasa yang digunakan pula merangkumi bahasa dalam bidang perundangan, sejarah, pengiklanan, semiotik, carutan atau makian dan sebagainya.
Antara hasil pemerhatian terhadap penggunaan bahasa di sepanjang jalan yang kami lalui, saya dapati, terdapat juga bahasa bukan verbal yang digunakan untuk merujuk terhadap sesuatu lokasi atau tindakan yang perlu diambil. Sebagai contoh, penggunaan simb
Terdapat juga penggunaan kata ‘taman’ yang merujuk kepada kawasan perumahan. Perkataan ‘taman’ sebenarnya merujuk kepada sesuatu kawasan yang dipenuhi tumbuhan, dan dijadikan tempat rekreasi. Namun, kami dapati perkataan ‘taman’ digunakan pada papan tanda Taman Pekaka untuk merujuk kepada kawasan perumahan tersebut. Sememangnya penggunaan perkataan ‘taman’ untuk merujuk kepada kawasan perumahan selalu digunakan tetapi kebiasaanya, penggunaan ‘taman’ yang merujuk kepada kawasan perumahan biasanya digunakan untuk kawasan perumahan teres. Taman Pekaka pula bukanlah satu kawasan perumahan teres sebaliknya berbentuk seperti kondominium. Walaubagaimanapun, penggunaan ‘taman’ tetap diterimapakai kerana perkataan itu sendiri mempunyai pelbagai makna yang dapat disesuaikan dan difahami oleh minda kita.
Semasa melakukan pemerhatian, kami dapati terdapat juga papan tanda yang terlindung di sebalik pokok-pokok. Pada pendapat saya, keadaan ini tidak seharusnya berlaku kerana akan menyukarkan mesej tentang aspek lokasi sampai kepada pengguna. Pihak terlibat harus melakukan pemantauan dan pembersihan supaya papan tanda tersebut d
apat dilihat dengan jelas oleh pengguna.Terdapat juga papan tanda dan iklan yang menggunakan lebih daripada satu bahasa. Sebagai contoh, pada papan tanda Rumah Orang Tua Jubilee Perak terdapat tiga bahasa yang digunakan iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina.
Selain melihat penggunaan bahasa di sepanjang jalan, kami juga memasuki Pasar Lip Sin untuk memerhatikan penggunaan bahasa dalam aktiviti jual beli di pasar tersebut. Kebanyakan peniaga menggunakan bahasa Cina untuk berkomunikasi dengan pelanggan kerana majoriti pelanggan di pasar tersebut berbangsa Cina. Namun begitu, bahasa Melayu tetap digunakan untuk berkomunikasi dengan masyarakat Melayu yang membeli-belah di pasar itu.
Terdapat juga papan tanda atau iklan yang digunakan untuk memudahkan pelanggan di pasar ini. Sebagai contoh, papan tanda yang tertulis ‘Sayur’, ‘Ayam’, dan ‘Buah-buahan’ dapat dijadikan panduan kepada pengguna yang ingin mencari keperluan-keperluan ini. Bagi memudahkan pengguna dan memastikan penyampaian mesej tercapai, papan-papan tanda ini diletakkan pada bahagian atas. Tindakan ini akan memudahkan pengguna membaca papan-papan tanda tersebut. Tiga bahasa digunakan pada setiap papan iklan ini iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina. Penggunaan ketiga-tiga bahasa ini menunjukkan kepelbagaian penggunaan bahasa untuk tujuan mempromosikan barangan jualan di pasar itu.
Terdapat juga perkara yang agak menyedihkan dalam aspek penggunaan bahasa yang sempat kami perhatikan sepanjang pengembaraan ini. Selain digunakan untuk menyampaikan maklumat, bahasa juga digunakan untuk tujuan carutan atau makian oleh individu yang tidak bertamadun. Kata-kata carutan dan makian dapat dibaca dengan jelas pada dinding telefon awam dan tiang jejantas. Saya tidak dapat melihat sebarang faedah penggunaan bahasa dalam bidang ini selain menunjukkan ‘kebodohan’ individu yang menconteng dinding-dinding tersebut dengan kata-kata makian.
Kesimpulannya, terdapat banyak cara menggunakan bahasa dalam pelbagai bidang dan pelbagai tujuan. Apa-apa pun, pengembaran ini memberikan kenangan yang tersendiri kepada kami terutamanya ketika sarapan pagi……hehehhehehe……



No comments:
Post a Comment